BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 13, 2009

Hari-hari sedih Private Rain berterusan…


Allah menguji mereka


Hilal baru putus cinta. Dia yang selalunya rileks, kini jadi pendiam sikit. Kadang-kadang, dalam senyap, wajah dia akan mengeruh. Aku pun tak tahu la nak describe camne. Walaupun dia akan tersenyum, atau buat ceria bila orang sembang dengan dia, tapi aku tahu, dia sembunyikan segala lara hati dia dalam jiwa. Kadang-kadang tak fasal-fasal dia tarik lepas nafas. Pedih kat hati tak hilang agaknya. Dia pernah kata, macam separuh nyawa tercabut. Sian...

Tabah betul mamat sorang tu. Semoga ko bahagia la Lal. Lelaki cam ko, mesti Allah ada sediakan seseorang yang boleh isi kekosongan jiwa kau tu. Pasti.

Ada la sorang lagi ni, putus cinta gak. Dari kaki main-main memanjang, skang bleh la kata matang sket. Belajar dari pengalaman la katakan. Matanya bersinar lebih kepada realiti. Berbanding dahulu mungkin hanya fikir nak seronok sahaja.

Walaupun ni perubahan yang baik, tapi aku tetap rasa semacam.

Kadang-kadang kan, aku ni bila tengok muka dua mamat putus cinta ni, rasa kesian sangat. Apa la dosa diorang dua ni? Nak kata jahat tidak, nak kata baik, baik la sesangat.

Haila...

Itu kisah sedih yang berlaku beberapa hari lepas. Dua mamat private rain putus cinta.

Kini, kisah sedih Private Rain berlanjutan. Anas Hadi jatuh sakit. Mamat ceria tak pernah gundah, Usamah juga tumbang kesakitan.

Dua-dua demam panas. Usamah yang selama ni selalu tersenyum, kini terlantar sahaja dalam pembaringan. Tidak tertawa, berat bersuara, muka monyok sentiasa. Makan pun sikit sahaja, walaupun resepi mee putus cinta Hilal agak enak petang tadi.

Anas, tambah menyayat hati keadaannya. Dia mengadu sakit belakang dua hari lepas. Memang, dia kerja keras bantu kerja dapur untuk MHS dan Majlis Raya PERMAI dua tiga hari lepas. Tanpa disangka-sangka, semalam dia jatuh sakit.

Yang kesiannya, Anas macam tak dapat tidur lena. Masa tidurnya, dia sebentar mengiring ke kanan, sebentar mengiring ke kiri, batuk-batuk, seterusnya ada masa dia kat lantai, ada masa dia kat katil semula, ada masa dia duduk, kemudian dia baring semula. Badannya pula sentiasa panas.

Anas tak berbicara langsung.

Hilal yang sebilik dengan dia punya la susah hati.

Anas dan Usamah tak pi kelas pun hari ini. Sakit teruk gayanya.

Kesian. Dua putus cinta, dua sakit kuat. Ada seorang junior nama Muaz Auzzaie, antara peminat bro-bro Private Rain, singgah ke Private Rain semalam. Dia kata:

“Apsal rumah ni tak ceria hari ini?”

Ya, memang keceriaan rumah ini macam dalam keadaan mendung sikit dua tiga menjak ni. Putus cinta, sakit kuat. Baru yang putus cinta nak recover, yang geng sakit kuat plak mari. Macam lagu sedih berpanjangan berkumandang dalam rumah Private Rain ni.

Ya Allah, kesian la kat ahli Private Rain ni.

Kesian sangat dengan mereka.

Dah la rumah tumpuan orang saban hari. Kalau tak sihat mereka ni, kalau susah hidup mereka ni, macam mana orang yang datang rumah nak dapat kemesraan?

Harap semua dapat mendoakan ahli Private Rain. Memang sangat kasihan. Dalam senyuman, disembunyikan kedukaan...

Tabahlah bro-bro.

Friday, October 9, 2009

HARI-HARI SEDIH PRIVATE RAIN...

assalamualaikum.....kami kembali....
saja la nak cakap2 kat sini...sebab sebelum ni diriku ini belum penah melibatkan diri dlm mengepost post baru.aku just baca je apa yang kwn2 aku merapu kat sini...nak bagi tazkirah tak blh...takut langit ilahi mendung plk satg...huhu

kali ni sekadar nak kongsi la...selalunya cerita kami ni happy2 je...sebenarnya banyak perkara2 sedih...duka...yang berlaku dlm rumah ni...aku yang tgh tulis ni pun nak nangis je bila terkenang kembali apa yang telah berlaku...aku taknak la crita semua yang berlaku dlm post ni...aku cerita yang agak2 tak berapa nak sedih sgt la...hahaha

tapi peristiwa 1st ni sebenarnya sedih sgt,tapi oleh sebab tak semua ahli rumah ni yang merasai kesedihan ni,jadi boleh la aku publish...tarikh aku tak ingat la bla,tapi pada tarikh tu...sahel,hilal dan anas kehilangan seorang guru yang amat dikasihi...cikgu zainudin jusoh...seorang murobbi yang amat sukar untuk dicari ganti...teringat kata2nya...lebih kurang begini la:

"ana ni dah tua,nak mengajar boleh,tapi kalau nak right kertas peperiksaan memang ana tak berapa mampu...sebab mata ana ni dah rabun sangat dah...kalau ada cikgu muda yang blh ganti ana,alhamdulillah...biarpun ada orang ganti ana,tapi ana akan terus berkhidmat kat sini,jadi tukang kebun pun takpa..."

Ya ALLAH...semangat dia untuk terus berkhidmat dalam membentuk generasi yang mengamalkan islam secara syumul memang menyentuh jiwa dan perasaan...bumi wakafan MATRI itu menjadi saksi adi guru...moga Allah merahmatimu...

"please don't wait for me..."

Kata2 yang ringkas tapi amat memberi kesan kepada salah seorang ahli privte rain...sahabat kami yang sorang tu dah lama menyimpan perasaan bai,sekali dia luahkan kena tolak haha(ketawa sedih,harap maklum)...sekali lagi rumah ini suram,muram,sedih..sahabat kami tu dok dlm bilik je...dah la beberapa hari je sebelum raya...alhamdulillah dia tak pendam sorang2...berkongsi masalah dgn ahli rumah...luah perasaan kat 'murobbi'(gelaran baru sahel hahaha)...memang gaya murobbi habis sahel time tu...kata2 dia menyentuh jiwa bai...aku pun rasa insaf sekali...alhamdulillah sekarang dia dah ok....kami amat bersyukur kerana beliau kembali hahaha...inilah gunanya sahabat,bersama ketika duka dan lara...indahnya ukhuwah...feeling lebih plk aku ni...


kisah seterusnya..kisah orang hot tu...penulis langit ilahi...langit ilahi tgh mendung sangat2 sekarang ni hehe...dia ni pun sama nasib ngan sahabat kami tadi...kena tolak...tapi mcm masih ada harapan je...peristiwa ni masih baru lagi,semalam...pagi semalam punya la gebang2 kata akan menerima call drpd bakal mak mertua pukul 5 petang...hati berbunga-bunga...muka ceria je...sekali lepas cakap ngan 'ibu' dia tu..muka penuh kekecewaan...mula2 aku ingat dia main2 hahaha...sekali betul la plk...alhamdulillah petang tu ada aktiviti membungkus makanan untuk MHS...jadi semua yang bungkus makanan petang tu cuba la untuk mewujudkan suasana happening...tapi walaupun suasana nampak happy je,dalam hati siapa yang tahu kan...hanya Allah yang tahu...setelah lama menyimpan perasaan terhadap bidadari...tanpa dinodai dosa ikhtilat dan murkaNya...sekarang perasaan itu retak menanti pecah...sape yang tak kecewa..tidur pun bertemankan air mata...

"anas,kata2 kau dah jadi kenyataan..."kata hilal..."dia ni memang la,kat aku dulu aku dia ckp mcm tu jgk..." sahabat yang kecewa jugak tadi menambah...sebelum ni,anas pernah bagi nasihat kepada mamat2 kecewa kat atas ni,jangan terlalu mengharap...sekali dah jadi mcm ni,dialah manusia pertama yang disalahkan gara-gara mulutnya yang masin tu...ade ke patut haha..tapi budak anas yang 'sehat' ni memang selalu mematahkan semangat orang yang dok layan perasaan..hang ngan dia tak serasi la,mak dia je yang suka kat hang la dan macam2 lagi...tak sangka plk kata2 dia dimakbulkan...mungkin kerana dia ikhlas bagi nasihat tu kot,taknak lihat sahabat2 dia kecewa dan sedih...haha

Usamah mana ada kisah sedih..rilek je mamat tu,aku pun heran..mcm takde masalah...haha

inilah muka mamat yang takde masalah tu haha..dah takde masalah,nak try cari masalah la tu hahaha

Begitulah sebahagian daripada kisah2 sedih kami...mana blh crita semua...kisah mamat 'sehat' tu pun blh tahan jugak sedihnya,dia bagitahu kat aku je...tak blh la aku nak post kat sini...aku menangis-nangis dengar kisah dia haha..apa pun kuatkan pergantungan kita kepada Allah,eratkan selalu hubungan kita dengan Allah...sesungguhnya cinta Allah dan rasul itu cinta sejati...kita takkan kecewa jika terus mengejar cinta ini...cinta sesama insan pun tak salah jika dijadikan wasilah untuk mendapatkan keredhaan dan cinta Allah ye kawan2...

Doakan kami terus kuat...dokan ukhuwah kami terus erat...doakan kami untuk segalanya di dunia dan akhirat...moga Allah redha dan sayang kita semua...