BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, October 13, 2009

Hari-hari sedih Private Rain berterusan…


Allah menguji mereka


Hilal baru putus cinta. Dia yang selalunya rileks, kini jadi pendiam sikit. Kadang-kadang, dalam senyap, wajah dia akan mengeruh. Aku pun tak tahu la nak describe camne. Walaupun dia akan tersenyum, atau buat ceria bila orang sembang dengan dia, tapi aku tahu, dia sembunyikan segala lara hati dia dalam jiwa. Kadang-kadang tak fasal-fasal dia tarik lepas nafas. Pedih kat hati tak hilang agaknya. Dia pernah kata, macam separuh nyawa tercabut. Sian...

Tabah betul mamat sorang tu. Semoga ko bahagia la Lal. Lelaki cam ko, mesti Allah ada sediakan seseorang yang boleh isi kekosongan jiwa kau tu. Pasti.

Ada la sorang lagi ni, putus cinta gak. Dari kaki main-main memanjang, skang bleh la kata matang sket. Belajar dari pengalaman la katakan. Matanya bersinar lebih kepada realiti. Berbanding dahulu mungkin hanya fikir nak seronok sahaja.

Walaupun ni perubahan yang baik, tapi aku tetap rasa semacam.

Kadang-kadang kan, aku ni bila tengok muka dua mamat putus cinta ni, rasa kesian sangat. Apa la dosa diorang dua ni? Nak kata jahat tidak, nak kata baik, baik la sesangat.

Haila...

Itu kisah sedih yang berlaku beberapa hari lepas. Dua mamat private rain putus cinta.

Kini, kisah sedih Private Rain berlanjutan. Anas Hadi jatuh sakit. Mamat ceria tak pernah gundah, Usamah juga tumbang kesakitan.

Dua-dua demam panas. Usamah yang selama ni selalu tersenyum, kini terlantar sahaja dalam pembaringan. Tidak tertawa, berat bersuara, muka monyok sentiasa. Makan pun sikit sahaja, walaupun resepi mee putus cinta Hilal agak enak petang tadi.

Anas, tambah menyayat hati keadaannya. Dia mengadu sakit belakang dua hari lepas. Memang, dia kerja keras bantu kerja dapur untuk MHS dan Majlis Raya PERMAI dua tiga hari lepas. Tanpa disangka-sangka, semalam dia jatuh sakit.

Yang kesiannya, Anas macam tak dapat tidur lena. Masa tidurnya, dia sebentar mengiring ke kanan, sebentar mengiring ke kiri, batuk-batuk, seterusnya ada masa dia kat lantai, ada masa dia kat katil semula, ada masa dia duduk, kemudian dia baring semula. Badannya pula sentiasa panas.

Anas tak berbicara langsung.

Hilal yang sebilik dengan dia punya la susah hati.

Anas dan Usamah tak pi kelas pun hari ini. Sakit teruk gayanya.

Kesian. Dua putus cinta, dua sakit kuat. Ada seorang junior nama Muaz Auzzaie, antara peminat bro-bro Private Rain, singgah ke Private Rain semalam. Dia kata:

“Apsal rumah ni tak ceria hari ini?”

Ya, memang keceriaan rumah ini macam dalam keadaan mendung sikit dua tiga menjak ni. Putus cinta, sakit kuat. Baru yang putus cinta nak recover, yang geng sakit kuat plak mari. Macam lagu sedih berpanjangan berkumandang dalam rumah Private Rain ni.

Ya Allah, kesian la kat ahli Private Rain ni.

Kesian sangat dengan mereka.

Dah la rumah tumpuan orang saban hari. Kalau tak sihat mereka ni, kalau susah hidup mereka ni, macam mana orang yang datang rumah nak dapat kemesraan?

Harap semua dapat mendoakan ahli Private Rain. Memang sangat kasihan. Dalam senyuman, disembunyikan kedukaan...

Tabahlah bro-bro.

4 comments:

Unknown said...

Salam.

Sedih korg tu mcm smpi plak kat tanah air ni..
and ana yakin ramai yg sdg mendoakan..
Kamu2 semua org baik2, sudah tentu diuji Allah.. ana rs semua fhm rsnye..

Get well soon, mentally and physically as well..

Wassalam

Rainbow said...
This comment has been removed by the author.
Rainbow said...

Salam..

Betulla rasa sedihnyer mcm bleh jejak tanah air:)

"Allah tidak akan menguji hambanya melainkan dengan kesanggupanya"


~semoga kalian terus bertabah hati.

SyAiRaH aRIsA said...

assalamualaikum..
Dah tak de sesape ke yg nak bercherita kat blog nie..
sepi seperti tuan2 rumah nampaknyee..
kepada yg saket (get weelll soon,insyaallah)

kpd yg putus chenta bagai, sabar eh..
akan ade orng yg lebih baik menanti korang berdua...
JGn risau eh bro bro0 kat private rain....