BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 11, 2009

.........

assalamualaikum....

anas pindah...hehe...ada yang suka,ada yang tak suka...apa pun dia dah pindah nak buat mcm mana haha.

untuk post kali ni identiti penulis takkan dirahsiakan...yang tgh tulis ni lah mamat yang pindah tu hehe...disebabkan aku sekarang bukan lagi ahli private rain,jadi tak payah la aku nak rahsiakan identiti aku haha...sori ye bro2 private rain,post entry tanpa kebenaran...

di sini aku nak cerita sikit la sebab perpindahan aku ke rumah ganu...post yang sebelum ni mengatakan aku pindah sebab nak ada bilik sendiri,rumah ganu lebih besar,orang2nya lebih berada...sedih hati aku bila baca,mcm aku tak redha je kongsi bilik dgn hilal dan apa yang kita ada haha...

ada banyak orang tanya aku,kenapa pindah?bergaduh dengan hilal ke?aku pun tak paham kenapa banyak sangat orang tanya dan beranggapan mcm tu...macam aku bergaduh besar je dgn hilal..memang la ada salah faham sebelum ni...tapi tu bukan la sebab aku pindah...biasalah dalam bersahabat,ade pahit manis...kami bersahabat dari form 1 sampai sekarang,takkan salah faham sikit dah nak pecah belah..harap2 sape2 yang ingat aku pindah sebab bergaduh ngan hilal dapatlah buang 'fikrah' tu jauh2 ye..

aku ni sebenarnya jenis yang amat tak suka orang cakap2 kat belakang ni...ade la pihak yang tak puas hati kami berlima ni duduk serumah...masalah air katenye haha..tapi memang betul pun ade masalah air kat bangunan abu muhammad tu...pam air seminggu sekali je(kadang2 rumah aku 2 kali haha,duduk berlima bukan bertiga..kadang2 je bukan tiap2 minggu haha),kalau takde air kena call lori air..teringat plk aku haha...rindu2...mula2 aku ingat nak buat taktau je,ingatkan lame2 boleh terima je ape org kate,dan mereka blh faham yang kami ni duduk berlima..tapi aku mmg takleh tahan jugak akhirnya haha..

ada sekali tu pam air rosak...kami berlima yang disalahkan!!!!aku mmg betul2 panas la bila syazwan bagitau aku ada orang kata kami yang bagi rosak...itu mmg kemuncak la,time tu la aku terfikir nak pindah rumah haha..itulah sebabnya kenape aku pindah...aku taknak ada masalah ngan sesiapa pun...jadi aku pun pindah huhu...

sedih btl time nak pindah...syazwan tiba2 jadi sensitif hahaha...cepat terasa...bila aku tanya dia bila agaknya masa yang sesuai untuk aku pindah,dia terus jawab:"p pindah la,takyah dok tanya aku!!!"...hahaha,sampai hari ni aku rasa lawak bila teringat benda tu..hari aku nak pindah,time aku kemas2 beg,hilal tanya aku nak p mana..rupa2nya dia taktau aku nak pindah...muka sedih je haha..salah aku jgk tak bgtau dia...afwan ya habibi..

apa pun,aku memang teramat sayangkan private rain dan ahli2nya...walaupun cuma sekitar 3 bulan shj aku berada di situ,aku rasa terlalu byk kenangan aku bersama private rain,rumah yang senantiasa menjadi perhatian...tetamu2nya yang tak pernah putus2 datang,tempat menyambut pelajar baru dan majlis ilmu...rumah yang unik penuh suka dan duka...ahli2 private rain pun unik2 haha...aku teringat dulu hilal selalu gebang2 kat peja(budak ganu yang serumah ngan aku sekarang),"rumah aku la rumah yang paling unik,dalam rumah ni ada aku seorang novelis,usamah genius,syazwan camera man,anas pandai tarannum,sahel tempat org mengadu masalah..."...rasa sayu je bila teringat balik semua tu...

ahli2 private rain,biarpun kita tidak lagi bersama,tapi itu bukan batu penghalang ukhuwah kita...uhibbukum fillah...

Tuesday, November 10, 2009

Anas dalam kenangan




fuh fuh, tiup habuk biar hilang.

ha3...

dah lama aku tak update blog nih. Berhabuk sungguh blog lima orang ahli private rain nih. Uppss... lima? dah kurang jadi empat...

yes.. anas pindah. Dia nak ada bilik sendiri, maka dia pindah pada satu rumah kawan rapat geng private rain gak, nama dia geng ganu(sebab semua orang terengganu). Rumah geng ganu lebih besar dari rumah private rain. Orang2 geng ganu juga lebih berada sebab semua dapat biasiswa ganu.

Jadi, anas dalam kenangan.

Geng2 Private Rain semua dah sihat2 dah.

Aku tumpang gembira.

Skang ni plak, musim exam. Aku exam gak, jadi entah bila lagi nak update blog kawan aku berlima ni. Diorang tu plak, malas nak tulis sendiri. Hilal, dia dah angkat tangan awal-awal sebab dia sibuk dengan website dia.

So, tengok kalau ada citer yang teramat panas, baru kita update. Atau aku ada masa lapang, baru aku update.

Jumpa lagi kawan2...

Tuesday, October 13, 2009

Hari-hari sedih Private Rain berterusan…


Allah menguji mereka


Hilal baru putus cinta. Dia yang selalunya rileks, kini jadi pendiam sikit. Kadang-kadang, dalam senyap, wajah dia akan mengeruh. Aku pun tak tahu la nak describe camne. Walaupun dia akan tersenyum, atau buat ceria bila orang sembang dengan dia, tapi aku tahu, dia sembunyikan segala lara hati dia dalam jiwa. Kadang-kadang tak fasal-fasal dia tarik lepas nafas. Pedih kat hati tak hilang agaknya. Dia pernah kata, macam separuh nyawa tercabut. Sian...

Tabah betul mamat sorang tu. Semoga ko bahagia la Lal. Lelaki cam ko, mesti Allah ada sediakan seseorang yang boleh isi kekosongan jiwa kau tu. Pasti.

Ada la sorang lagi ni, putus cinta gak. Dari kaki main-main memanjang, skang bleh la kata matang sket. Belajar dari pengalaman la katakan. Matanya bersinar lebih kepada realiti. Berbanding dahulu mungkin hanya fikir nak seronok sahaja.

Walaupun ni perubahan yang baik, tapi aku tetap rasa semacam.

Kadang-kadang kan, aku ni bila tengok muka dua mamat putus cinta ni, rasa kesian sangat. Apa la dosa diorang dua ni? Nak kata jahat tidak, nak kata baik, baik la sesangat.

Haila...

Itu kisah sedih yang berlaku beberapa hari lepas. Dua mamat private rain putus cinta.

Kini, kisah sedih Private Rain berlanjutan. Anas Hadi jatuh sakit. Mamat ceria tak pernah gundah, Usamah juga tumbang kesakitan.

Dua-dua demam panas. Usamah yang selama ni selalu tersenyum, kini terlantar sahaja dalam pembaringan. Tidak tertawa, berat bersuara, muka monyok sentiasa. Makan pun sikit sahaja, walaupun resepi mee putus cinta Hilal agak enak petang tadi.

Anas, tambah menyayat hati keadaannya. Dia mengadu sakit belakang dua hari lepas. Memang, dia kerja keras bantu kerja dapur untuk MHS dan Majlis Raya PERMAI dua tiga hari lepas. Tanpa disangka-sangka, semalam dia jatuh sakit.

Yang kesiannya, Anas macam tak dapat tidur lena. Masa tidurnya, dia sebentar mengiring ke kanan, sebentar mengiring ke kiri, batuk-batuk, seterusnya ada masa dia kat lantai, ada masa dia kat katil semula, ada masa dia duduk, kemudian dia baring semula. Badannya pula sentiasa panas.

Anas tak berbicara langsung.

Hilal yang sebilik dengan dia punya la susah hati.

Anas dan Usamah tak pi kelas pun hari ini. Sakit teruk gayanya.

Kesian. Dua putus cinta, dua sakit kuat. Ada seorang junior nama Muaz Auzzaie, antara peminat bro-bro Private Rain, singgah ke Private Rain semalam. Dia kata:

“Apsal rumah ni tak ceria hari ini?”

Ya, memang keceriaan rumah ini macam dalam keadaan mendung sikit dua tiga menjak ni. Putus cinta, sakit kuat. Baru yang putus cinta nak recover, yang geng sakit kuat plak mari. Macam lagu sedih berpanjangan berkumandang dalam rumah Private Rain ni.

Ya Allah, kesian la kat ahli Private Rain ni.

Kesian sangat dengan mereka.

Dah la rumah tumpuan orang saban hari. Kalau tak sihat mereka ni, kalau susah hidup mereka ni, macam mana orang yang datang rumah nak dapat kemesraan?

Harap semua dapat mendoakan ahli Private Rain. Memang sangat kasihan. Dalam senyuman, disembunyikan kedukaan...

Tabahlah bro-bro.