BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 30, 2009

Birthday Usamah dirai






Tarikh 28.9 merupakan satu tarikh yang bermakna buat salah seorang ahli Private Rain. Tarikh kelahiran seorang jejaka yang genious di kalangan kami. Usamah bin Baderol Alam yang dimaksudkannya. Orangnya kelihatan pemalu dan pendiam. Namun jika anda mengenali beliau, pasti anda akan sentiasa tertawa akan sikapnya yang sering mencuitkan hati anda. Beliau bukan sahaja ceria malah seorang genious dan scorer( Memperoleh percapaian cemerlang ) dalam pembelajaran beliau.

2 hari sebelum tarikh tersebut, saya , Hilal dan Syazwan merancang untuk meraikan Hari Kelahirannya. Kami menyangkakan tarikh kelahiran beliau pada 26hb. Lantas kami merancang untuk membeli Italian Pizza sebagai tanda menghargai persahabatan kami. Sayangnya Anas tidak bersama kami kerana beliau ziarah sahabat-sahabatnya di Syiria. Hilal dan Syazwan bergegas membelinya selepas Isya` dan cuba merancang `surprise` pada detik malam 12mlm. Saya tidak ikut serta membelinya kerana saya ada urusan penting untuk diselesaikan. Ketika saya pulang , Syazwan memberitahu saya bahawa Hilal sudah `check` Facebook tentang tarikh kelahirannya sebenarnya pada 28.9. Kami rasa agak kecewa. Mungkin ini masalah Kurang Taaruf (Kenal). Kemudian kami makan tanpa memberitahu apa-apa dan menganggap bahawa ini adalah belanja dari Syazwan.

2 hari kemudian

Tibalah hari yang dinanti-nantikan. Kami( saya, Anas, Hilal dan Syazwan) mengajak Usamah minum di Kokteal. Usamah seakan-akan mengetahui motif sebenar ajakan ini. Lepas Isya`, kami terus menuju ke Kedai Minum Kokteal berdekatan dengan bulatan Jalan Universiti .Turut menceriakan malam itu adalah adik baru sampai Irbid, Najib (First Year Dentist) dan Abang Daus (Senior Yarmouk).Walaupun masing-masing agak letih pada malam tersebut dek kesibukan urusan harian, namun Alhamdulillah detik pertemuan sementara itu telah menjernihkan ukhuwwah ini.

Kesimpulan

Apa yang lebih penting yang ingin dibawa di sini adalah tentang ukhuwwah. Kekadang kita perlu detik-detik yang simple tapi berharga dalam menghargai sebuah persahabatan yang kita ada. Kekadang perkara yang kita lakukan kecil namun ia menjadi begitu berharga kerana niat yang ikhlas. Diharapkan Allah akan terus kukuhkan ukhuwah kami di sini. Ana yakin perjalanan persahabatan kami adalah panjang dan pastinya Allah akan menguji Ukhuwwah ini. Apatah lagi ukhuwwah dikalangan mereka yang ingin membangunkan ummah Islamiyah. Pasti diuji. Doakan terus teguh.

Buat Usamah

Kami berempat yang lain memohon maaf andaikata terdapat salah dan silap sepanjang kami bersama akhi selama ini. Semoga akhi akan terus istiqamah di atas jalan ini dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Perjalanan hidup ini amat panjang dan harus diisi dengan amal yang soleh sebagai bekalan buat hari yang berkekalan. Dan bekalan yang terbaik adalah TAQWA. Semoga akhi terus sukses di dunia dan akhirat.


Daripada : Sahel Nordin

Wednesday, September 23, 2009

Rumah Terbuka Private Rain



Semalam, 22hb September 2009, bersamaan 3 Syawal, rumah kami mengadakan Rumah Terbuka.

“Kita gerenti menang ah” Usamah berkata.

“Menang apa?” Anas kehairanan.

“Menang open house terbaik” Hilal mencelah.

Dan kata-kata itu disambut tawa. Aku pun hairan dengan bebudak ni. Sejak bila ntah ada pertandingan open house terbaik dalam PERMAI, aku pun tatau.

Idea buat open house ni idea Hilal. Tak fasal-fasal dia raya pertama tu kata: “Eh, jom buat open house”

Hilal, boleh aku tanya kau, kenapa terburu-buru nak buat open house?

“Budak PERMAI belum ramai lagi. Kita sikit duit, mana cukup nak tampung ramai-ramai” Itu jawapan Hilal Asyraf yang bijak. Dah nama pun private, sedar diri la sikit kan.

Sahel cepat je setuju. Anas pun set je. Usamah dengan Syazwan kaki angguk la.

Walaupun keputusan macam mee segera, buat dalam 2 minit je, namun semua ahli Private Rain nampaknya bermati-matian bersungguh buat open house ni. Kaki malas kemas rumah, semua jadi rajin hari ni.

Sahel bertanya: “Nak lauk apa ha?”

“Mee, takyah masak lauk raya” Hilal cadang.

“Mee kuah, kari” Anas cadang.

“Ayam Rendang” anas tambah lagi.

“Set je” Hilal membuat kata putus yang best. “Sebab anas yang masak, bukan kita. Ha ha” Dan jawapan belakang tu paling tak boleh blah sekali. Asal masak ramai-ramai, anas

Sekali lagi, Usamah dengan Syazwan bersetuju begitu sahaja. Aha.. bagus rumah Private Rain ni, memang bagus. Korang tahu tak, perbincangan tu tak diadakan di tempat yang sama. Pakai telefon sms je, sebab Hilal dengan Sahel ni kaki tak duduk rumah lelama. Nak-nak musim Sambutan Pelajar Baru ni. Just sembang-sembang fasal open house ni masa berselisih kat rumah, masa lepak, atau pun tengah jalan dengan sms atau telefon. Mantap-mantap. Aku salut hang pa.

Bila masuk hari raya kedua, Sahel offer diri untuk beli ayam. Setel satu hal. Baik-baik beli 8, jadi 10 ekor. Semuanya arahan Anas sebagai ketua chef. Anas yang keletihan di pagi raya ketiga, telah menyerahkan urusan resepi kepada rakan karib diorang ni, Abdul Aziz dari Terengganu. Jenuh Aziz sediakan itu dan ini untuk persiapan masak. Anas.... Tidur dalam bilik... ha ha...(letih sangat, tak apa la)

Hilal dengan Syazwan, jadi mangsa kena potong bawang dan cili kering. Sahel kemudian keluar beli barang keperluan lagi. Bila Anas bangun, dia terus keluar beli barang keperluan jugak(rajin sebenarnya). Usamah.... tidak mampu dikesan... ha ha...

Tengahhari raya ketiga, Bro Halfi, senior tahun 4 JUST buat open house. So, bila Hilal dengan Syazwan siap je kerja diorang, semua ahli rumah Private Rain gerak ke rumah Halfi. Hilal bantai sampai dua round. Hilal ni kalau bab makan, memang tak leh la... baik simpan lauk elok-elok. Karang habis.

Bila balik, Hilal pergi bertapa depan komputer, menulis. Dia ni memang sibuk. Yang lain-lain meneruskan kerja. Sahel dan Anas sibuk di dapur, memasak. Usamah dan Syazwan, tak dikesan pula ketika itu. Tup-tup, dua orang budak tu dah lesap pergi padang bola. Tunjuk tempat kepada budak-budak junior katanya... senior mithali la katakan.

Lepas Asar, Hilal mengemas rumah. Dia kemas almari depan, dan bilik dia dan Anas. Sahel pun tolong sama. Anas terus di dapur. Tiba-tiba:

“Weh Ajis, rendang ni rasa pelik la!” Anas menjerit dari dapur. Abdul Aziz sedang khusyuk bertapa main PES depan komputer Anas, tak bergerak langsung. Lantak ko la Anas. Dua tiga kali Hilal suruh dia pergi. Dia kata: “Aku urus resepi je, sedap tak sedap, korang punya cerita.” Ada patut... ha ha..

Hilal dengan bestnya pergi merasa. Buat pakar kononnya. Lepas rasa:

“Ok je” Ko memang tade lidah chef la Hilal. Anas pun geleng kepala. Hilal terus ke ruang tamu, meneruskan kemas-kemas, Anas terus berusaha memperbaiki makanan. Sahel pun bantu-bantu apa patut.

Selepas Maghrib, tetamu pertama datang. Walaupun open house Private Rain lepas isya’, bebudak lima orang tu sengaja jemput tetamu ni datang awal. Kenapa? Sebab tetamu ni merupakan pelajar-pelajar private yang baru datang. Jadi nak rai tetamu baru, sebab tu suruh datang awla agar tak berebut untuk makan.

Dapat la kenal, Risqon, Syahir, Firdaus, Amir Siddiq, Firdaus Kadir, Muhtadi, Ali, Imran dengan Shukri. Semua masuk Yarmouk.

Selepas Isya’, bermulalah kemeriahan. Semua pelajar yang wujud di Irbid ni menyerbu Private Rain. Tak boleh blah betul budak-budak ni. Tapi yang tak boleh blah ni la yang menceriakan Private Rain. Macam-macam sembang, macam-macam lawak keluar. Ada macam-macam ragam, namun pelbagai ragam ini ibarat bunga yang menceriakan suasana. Chewah, aku cakap ala-ala sastera plak. Hilal, ko bakal tewas. Ha ha...

Usamah yang macam tak buat apa-apa langsung dalam persediaan majlis ni, masa open house ni dialah yang paling rajin layan semua orang. Sahel sibuk memanjang tukar hantar lauk. Habis je, dia isi, habis je, dia isi. Anas pun sama. Hilal.... ha3... kawan tu sat keluar, sat masuk, sat keluar, sat masuk. Layan orang, dan layan komputer dia sama. Ish-ish... Syazwan pulak... apa lagi kerja dia, menangkap gambar je memanjang. Dia siap suruh Bro Halfi bawa kamera sendiri sebab nak fight. Ha ha...

Majlis berjalan sampai pukul 12. Sepanjang waktu tu, orang keluar masuk bertali arus. Sempat juga orang berkumpul tengok match Barcelona dengan satu team yang Anas kata – Kelab bodoh-bodoh. Hilal tak menyertai, dia habuk pun tatau fasal bola. Tendang pun tonjol(gomenasai... ha ha)

Ramai memuji masakan Anas. Ha... baru dia tahu siapa otai dalam arena masak ni kan Anas?

Private Rain memang best. Aku amat puas hati.

Aku harap, bebudak berlima ni boleh terus hidup riang gembira, senang hati sentiasa, pada masa yang sama, menjadi hamba yang Allah redha...(Hilal suruh tambah... ha ha)

Lain kali buat la lagi open house. Seronok seh...

“Ayark.. habis la duit kami” Mungkin itu yang diorang akan katakan. Ha ha.. Aku faham bro, aku faham.

Ei... rumah Bro Halfi dah, rumah Private Rain dah... rumah mana plak pas ni? Rumah lain tamau buat ke?

Kita fight la lauk sapa paling sedap!

Sunday, September 20, 2009

Private Rain muncul!




Assalamu’alaikum kepada semua!

Yeah... salam aidilfitri, salam mahabbah, salam kasih sayang dan segala macam salam lagi, kecuali yang buruk-buruk, semua aku sampaikan kepada korang yang baca blog ini.

Hilal Asyraf memang salah seorang ahli Private Rain, tapi jangan harap kami ni tumpang populariti dia ye... Stylo penulisan pun tak sama. Hilal, ko duduk diam-diam kat tepi. Penulis Private Rain, identitinya rahsia... hu3...

Jadi, apa-apa pun aku nak ucapkan trimas kepada bro Anas kerana memberi cadangan bernas untuk buat blog ini. Blog yang merakamkan kisah hidup ahli Private Rain, suka duka sepanjang perjuangan Private Rain di bumi Jordan yang bertuah ini.

Aha... Sebenarnya nak p[ilih tarikh 090909 untuk launch blog ni, tapi macam tak feeling pulak(sebenarnya asyik bertangguh... ha3), jadi 1 Syawal dipilih dengan bestnya oleh aku. Oho, boleh kenalkan ya, aku adalah Soul Rain. Aku ni penulis blog ni, yang mengisahkan kisah ahli Private Rain yakni Hilal Asyraf, Sahel Nordin, Usamah Baderol Allam, Anas Hadi dan Syazwan Abu Bakr. Siapa aku? Identiti sebenar rahsia beb...

So, selepas ini harapnya pelawat blog ini akan terhiburlah dengan kisah-kisah yang akan kami paparkan dalam blog ini. Kami dah cakap dengan Hilal, blog ni tamau tazkirah-tazkirah cam website dia. Kalau ada pun, secara santai. Kami kena strict skit dengan Hilal ni sebab dia popular sangat. Kami tamau kena overshadow dengan dia. Pastu, pembaca takleh harapla blog ni update hari-hari. Kami update kalau ada event jah. Nak update hari-hari, pergi Langit Ilahi. Kan Hilal? Ha3...

Skang ni tarak apa-apa lagi blog ni. Nanti aku akan paksa lima orang Private Rain ni untuk hias blog ni lawa-lawa. Syazwan paling pakar dalam bab komputer ni, nanti aku paksa dia. Ha3..

Oklah bro n sis,

Selamat Hari Raya aku ucapkan!

Terus mengikuti, kalau nak tahu apa cerita lima orang ni...