BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, September 30, 2009

Birthday Usamah dirai






Tarikh 28.9 merupakan satu tarikh yang bermakna buat salah seorang ahli Private Rain. Tarikh kelahiran seorang jejaka yang genious di kalangan kami. Usamah bin Baderol Alam yang dimaksudkannya. Orangnya kelihatan pemalu dan pendiam. Namun jika anda mengenali beliau, pasti anda akan sentiasa tertawa akan sikapnya yang sering mencuitkan hati anda. Beliau bukan sahaja ceria malah seorang genious dan scorer( Memperoleh percapaian cemerlang ) dalam pembelajaran beliau.

2 hari sebelum tarikh tersebut, saya , Hilal dan Syazwan merancang untuk meraikan Hari Kelahirannya. Kami menyangkakan tarikh kelahiran beliau pada 26hb. Lantas kami merancang untuk membeli Italian Pizza sebagai tanda menghargai persahabatan kami. Sayangnya Anas tidak bersama kami kerana beliau ziarah sahabat-sahabatnya di Syiria. Hilal dan Syazwan bergegas membelinya selepas Isya` dan cuba merancang `surprise` pada detik malam 12mlm. Saya tidak ikut serta membelinya kerana saya ada urusan penting untuk diselesaikan. Ketika saya pulang , Syazwan memberitahu saya bahawa Hilal sudah `check` Facebook tentang tarikh kelahirannya sebenarnya pada 28.9. Kami rasa agak kecewa. Mungkin ini masalah Kurang Taaruf (Kenal). Kemudian kami makan tanpa memberitahu apa-apa dan menganggap bahawa ini adalah belanja dari Syazwan.

2 hari kemudian

Tibalah hari yang dinanti-nantikan. Kami( saya, Anas, Hilal dan Syazwan) mengajak Usamah minum di Kokteal. Usamah seakan-akan mengetahui motif sebenar ajakan ini. Lepas Isya`, kami terus menuju ke Kedai Minum Kokteal berdekatan dengan bulatan Jalan Universiti .Turut menceriakan malam itu adalah adik baru sampai Irbid, Najib (First Year Dentist) dan Abang Daus (Senior Yarmouk).Walaupun masing-masing agak letih pada malam tersebut dek kesibukan urusan harian, namun Alhamdulillah detik pertemuan sementara itu telah menjernihkan ukhuwwah ini.

Kesimpulan

Apa yang lebih penting yang ingin dibawa di sini adalah tentang ukhuwwah. Kekadang kita perlu detik-detik yang simple tapi berharga dalam menghargai sebuah persahabatan yang kita ada. Kekadang perkara yang kita lakukan kecil namun ia menjadi begitu berharga kerana niat yang ikhlas. Diharapkan Allah akan terus kukuhkan ukhuwah kami di sini. Ana yakin perjalanan persahabatan kami adalah panjang dan pastinya Allah akan menguji Ukhuwwah ini. Apatah lagi ukhuwwah dikalangan mereka yang ingin membangunkan ummah Islamiyah. Pasti diuji. Doakan terus teguh.

Buat Usamah

Kami berempat yang lain memohon maaf andaikata terdapat salah dan silap sepanjang kami bersama akhi selama ini. Semoga akhi akan terus istiqamah di atas jalan ini dan mencapai kejayaan dunia dan akhirat. Perjalanan hidup ini amat panjang dan harus diisi dengan amal yang soleh sebagai bekalan buat hari yang berkekalan. Dan bekalan yang terbaik adalah TAQWA. Semoga akhi terus sukses di dunia dan akhirat.


Daripada : Sahel Nordin

1 comments:

Amal said...

indahnya ukhuwwah..
:D