BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 20, 2009

Private Rain muncul!




Assalamu’alaikum kepada semua!

Yeah... salam aidilfitri, salam mahabbah, salam kasih sayang dan segala macam salam lagi, kecuali yang buruk-buruk, semua aku sampaikan kepada korang yang baca blog ini.

Hilal Asyraf memang salah seorang ahli Private Rain, tapi jangan harap kami ni tumpang populariti dia ye... Stylo penulisan pun tak sama. Hilal, ko duduk diam-diam kat tepi. Penulis Private Rain, identitinya rahsia... hu3...

Jadi, apa-apa pun aku nak ucapkan trimas kepada bro Anas kerana memberi cadangan bernas untuk buat blog ini. Blog yang merakamkan kisah hidup ahli Private Rain, suka duka sepanjang perjuangan Private Rain di bumi Jordan yang bertuah ini.

Aha... Sebenarnya nak p[ilih tarikh 090909 untuk launch blog ni, tapi macam tak feeling pulak(sebenarnya asyik bertangguh... ha3), jadi 1 Syawal dipilih dengan bestnya oleh aku. Oho, boleh kenalkan ya, aku adalah Soul Rain. Aku ni penulis blog ni, yang mengisahkan kisah ahli Private Rain yakni Hilal Asyraf, Sahel Nordin, Usamah Baderol Allam, Anas Hadi dan Syazwan Abu Bakr. Siapa aku? Identiti sebenar rahsia beb...

So, selepas ini harapnya pelawat blog ini akan terhiburlah dengan kisah-kisah yang akan kami paparkan dalam blog ini. Kami dah cakap dengan Hilal, blog ni tamau tazkirah-tazkirah cam website dia. Kalau ada pun, secara santai. Kami kena strict skit dengan Hilal ni sebab dia popular sangat. Kami tamau kena overshadow dengan dia. Pastu, pembaca takleh harapla blog ni update hari-hari. Kami update kalau ada event jah. Nak update hari-hari, pergi Langit Ilahi. Kan Hilal? Ha3...

Skang ni tarak apa-apa lagi blog ni. Nanti aku akan paksa lima orang Private Rain ni untuk hias blog ni lawa-lawa. Syazwan paling pakar dalam bab komputer ni, nanti aku paksa dia. Ha3..

Oklah bro n sis,

Selamat Hari Raya aku ucapkan!

Terus mengikuti, kalau nak tahu apa cerita lima orang ni...

3 comments:

Aisyah Ulya said...

Selamat Hari Raya =)
Moga ALLAH sayang sama Private Rain

spijpnperlis@gmail.com said...

salam.
Bila baca entri Rumah terbuka,teringat nak tnya sapelaa yg tulis entri ni..hehe..sbb mcm ada pihak ketiga yang bercerita..

Tapi bila baca 'Private rain muncul' penulis da bg warning, identiti dirahsiakan..ape bleh buat..takpe2..

Teruskan menulis dan berkongsi...
Kisah anda akan terus dibaca...

Salam Eid Fitr dari orang di Tanah air.

PUAN PIA said...

Salam... Bestnya dapat berpeluang berpuasa dan merayakan Syawal di tempat org lebih2 lg di bumi para anbiya'.. Semoga diri ini juga dapat berpeluang seperti anda... Disana, tiada course Matematik ke?